Kematian di Itali kini telah melepasi China dengan kadar kematian meningkat kepada 8.3%.
Setakat ini angka catatan kematian adalah berjumlah 3,405 pesakit, melebihi angka kematian di China dengan catatan 3,249 pesakit.
Berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19) ini berubah secara drastik daripada tahap 1 kepada tahap 6.
Menerusi pengamatan pakar, peningkatan angka tersebut adalah disebabkan sesetengah kawasan Itali tidak mengikut perintah kawalan yang diberikan. Sekaligus ini menjadikan angka tersebut naik mendadak.
Filipina pula melaporkan 3 kematian baru dengan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 seramai 217 orang. Manakala tiada kes kematian baru dicatatkan oleh Indonesia, kekal dengan catatan pesakit seramai 311 orang.
USA, Perancis, UK dan Sepanyol pula antara negara yang terus rekodkan kes kematian.