Artikel

Majikan Perlu Bayar Gaji Penuh Kepada Semua Pekerja – Kementerian Sumber Manusia

Kementerian Sumber Manusia menerusi kenyataannya, majikan perlu membayar gaji penuh kepada semua pekerja, termasuk elaun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020 ini.

Laporan The Edge ini memaparkan pihak majikan tidak dibenarkan untuk memaksa pekerja menggunakan cuti tahunan mereka atau cuti tidak berbayar dalam tempoh ini.

Ini kerana tempoh kawalan dibuat berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Manakala, pekerja bagi gaji secara harian juga harus dibayar berdasarkan perjanjian antara pekerja dan majikan dalam surat tawaran ataupun kontrak perkhidmatan terkini.

Tindakan ini selari dengan Perintah Gaji Minimum 2020 yang sedang dilaksanakan.

Sekiranya terdapat majikan yang enggan membayar gaji, pekerja boleh membuat aduan kepada Jabatan Buruh. 

Selain itu semua perniagaan yang dibenarkan (industri kepentingan) untuk terus beroperasi perlu mengurangkan saiz tenaga kerja mereka dalam operasi sebanyak 50% daripada jumlah pekerja semasa.

Seterusnya, bagi pekerja industri yang tidak terlibat namun tidak dapat pengecualian daripada majikan untuk tempoh PKP ini,  pekerja tersebut boleh memfailkan laporan kepada pihak polis.