Artikel

PKP: DS Ismail Sabri Umum Penglibatan Tentera Bermula 22 Mac Ini

Menerusi sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan anggota Angkatan Tentera Malaysia akan mula digerakkan pada 22 Mac 2020 (Ahad) ini.

Menurut beliau, rakyat tidak perlu bimbang atau mempersoalkan makluman ini. Ia bukan perintah darurat seperti yang dikhabarkan.

DS Ismail menegaskan penyertaan anggota tentera adalah selaras dengan Seksyen 5, di bawah Akta Penyakit Berjangkit, Menteri Kesihatan melantik memberi kuasa kepada mana-mana agensi kerajaan yang perlu untuk mengawal keadaan. 

Ini adalah tindakan susulan pihak penguatkuasaan untuk membantu negara membendung penularan wabak Covid-19. 

“Kita berharap rakyat terus patuh arahan tentera. Dari laporan pihak polis, jelas nampak ada peningkatan dari segi pematuhan rakyat. Kita ucap terima kasih kepada rakyat,”

Melalui perbincangan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ini juga, rakyat diminta untuk tidak panik dan kekal berada pada kediaman masing-masing bagi langkah keselamatan.