Indeks FBM KLCI dibuka pagi ini (20 Mac) dengan mencatatkan sedikit kenaikan.
Data setakat 10.26 pagi ini memaparkan indeks FBM KLCI telah naik 27 mata atau 2.21% kepada 1,246.
Sebanyak 516 kaunter untung, berbanding 182 kaunter rugi, manakala 216 kaunter pula tidak berubah.
Lebih 1 bilion saham bertukar tangan, bernilai lebih RM610 juta.