Menerusi kenyataan Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tempoh mengehadkan operasi premis makanan dan restoran 24 jam sebelum ini, telah dibatalkan.
Makluman semalam, mengatakan operasi premis makanan 24 jam akan dihadkan kepada jam 6 pagi hingga 10 malam.
Bagaimanapun, tempoh tersebut dibatalkan. Perihal ini mengambil kira keperluan masyarakat setempat susulan Perintah Kawalan Pergerakan.
Namun, pihak penguatkuasa menegaskan setiap permis makanan mestilah mematuhi arahan dengan mengekalkan pembekalan makanan secara pandu lalu, dan penghantaran makanan sahaja.
Arahan ini selaras dengan Akta 342, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Polis 1967 dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan) 2020.
Sekiranya gagal berbuat demikian, pihak DBKL akan mengambil tindakan penguatkuasaan.