Artikel

Covid-19: BSN Tawar 6 Bulan Moratorium Bagi Bayaran Pinjaman

Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini mengumumkan bahawa pelanggannya boleh memohon untuk penangguhan sementara pembayaran pinjaman yang terjejas berikutan penularan wabak novel koronavirus (COVID-19).

Penangguhan sementara ini telah diumumkan sejak Februari lalu. Platform ini dilakukan bagi membantu para pelanggan mereka yang terjejas untuk berurusan bersama pembekal lain.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1-300-88-1900.