Artikel

Sila Lapor Diri Ke Klinik Kesihatan, Jika Anda Penumpang Bas Plusliner Ini

Menurut Pejabat Kesihatan Kuantan (PKK), pihaknya telah mengesahkan seorang penumpang bas Plusliner positif Covid-19.

Menurut laporan FMT, penumpang itu menjalani ujian saringan Covid-19 di Johor Bahru, tetapi tidak mengkuarantinkan dirinya.

Keputusan saringan menunjukkan dia didapati positif Covid-19, tetapi lelaki tersebut sudah menaiki bas dari Johor Bahru ke Kuantan.

Makluman mengatakan bas ekspres Plusliner yang dinaikinya adalah bernombor pendaftaran VDJ 2367 dari Larkin Sentral, Johor Bahru ke Terminal Sentral Kuantan pada 7.45 malam 16 Mac lalu.

PKK menggesa semua penumpang bas berkenaan tampil hadir pemeriksaan dan membuat ujian saringan Covid-19.

Perihal ini amat membimbangkan, berikutan ramai rakyat Malaysia telah pulang ke kampung halaman masing-masing.