Artikel

Ini Soalan Lazim Tentang Urusan Percukaian Bagi Tempoh PKP

Rentetan daripada pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan yang telah berkuat kuasa pada 18 Mac hingga 31 Mac 2020 ini, pelbagai persoalan mula timbul berkenaan urusan perkhidmatan.

Oleh itu, ini adalah rangkuman soalan lazim bagi urusan percukaian dalam tempoh kawalan tersebut:


Umum

Adakah pejabat dan kaunter LHDNM akan beroperasi pada tempoh 18 hingga 31 Mac 2020?

Semua premis LHDNM (termasuk kaunter e-Filing) di seluruh Negara ditutup mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Adakah lanjutan masa akan diberikan, jika pembayar cukai perlu mengemukakan dokumen dalam tempoh ini bagi kes sedang diaudit/disiasat?

Lanjutan masa akan diberikan sehingga 30 April 2020.


ezHasil

Bagaimana untuk membuat permohonan no. pin e-Filing?

Pembayar cukai boleh membuat permohonan melalui:
a) Borang Maklum Balas di Portal Rasmi LHDNM di pautan: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY
ATAU

b) Panduan Pengguna di pautan: https://ez.hasil.gov.my/CI/Bantuan_Anon.aspx

Bagaimana untuk mendapatkan nombor cukai pendapatan?

Permohonan nombor cukai pendapatan dalam talian boleh dibuat melalui aplikasi e-Daftar.

Jika terlupa kata laluan e-Filing, apa perlu saya buat?

Set semula kata laluan boleh dibuat melalui di Menu Terlupa Kata Laluan di ezHASiL.


Borang

Adakah LHDNM akan memberikan tambahan masa bagi pengemukaan borang nyata secara manual atau e-Filing?

Tambahan masa diberikan seperti Program Memfail Borang Nyata bagi Tahun 2020 (Pindaan 1/2020)

Adakah tambahan masa diberi bagi pengemukaan Borang CP58?

Lanjutan masa diberikan sehingga 30 April 2020.

Adakah lanjutan masa diberi bagi pengemukaan Borang Q di mana tarikh akhir jatuh pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 tanpa menghantar Borang N?

Lanjutan masa diberikan sehingga 30 April 2020 tanpa perlu mengemukakan Borang N.

Bagi kes pengemukaan Country-by-Country Reporting (CbCR)?

a) Entiti di Malaysia yang bertanggungjawab memfailkan laporan CbCR pada 31 Mac 2020 diberikan lanjutan masa sehingga 30 April 2020.
b) Pemberitahuan atau notifikasi oleh entiti konstituen bagi tujuan CbCR yang perlu dikemukakan pada 31 Mac 2020 boleh dikemukakan pada atau sebelum 30 April 2020.

Bagaimana untuk mengemukakan Borang CP21, CP22, CP22A atau CP22B dalam tempoh ini?

Borang boleh dikemukakan mulai 1 April 2020.

Apakah alternatif lain jika e-Resident tidak dapat digunakan kerana perlu menyertakan dokumen sokongan?

Permohonan secara manual boleh dibuat mulai 1 April 2020.

Bagaimana permohonan Surat Penyelesaian Cukai (SPC) dalam tempoh ini boleh dibuat?

Permohonan SPC boleh dibuat melalui e-SPC pada bila-bila masa atau hadir ke pejabat LHDNM mulai 1 April 2020. Pemprosesan permohonan SPC akan dibuat mulai 1 April 2020.


Bayaran

Adakah terdapat lanjutan masa bagi mengemukakan anggaran cukai CP204?

Tarikh akhir pengemukaan CP204 yang jatuh dalam tempoh 18 hingga 31 Mac 2020 akan dilanjutkan sehingga 30 April 2020.
Pengemukaan pindaan anggaran cukai kena dibayar (CP204A) bagi bulan ke 6 dan 9 yang perlu dikemukakan pada 31 Mac 2020 akan dilanjutkan sehingga 30 April 2020.

Adakah lanjutan masa diberikan bagi bayaran pertama anggaran cukai CP500?

Bayaran ansuran pertama yang sepatutnya dilakukan pada 31 Mac 2020 diberi lanjutan masa sehingga 30 April 2020.

Penangguhan bayaran anggaran cukai dan pindaan anggaran cukai CP204 pada bulan ketiga (bagi kes bulan Mac 2020) ansuran dalam tahun 2020 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi.

Pengemukaan pindaan anggaran cukai CP204 pada bulan ketiga ansuran dan bayaran juga akan dilanjutkan sehingga 30 April 2020.

Adakah bayaran anggaran cukai syarikat boleh ditangguhkan?

Syarikat mempunyai pilihan sama ada untuk membuat penangguhan (sekiranya aktiviti syarikat berkaitan dengan pelancongan) atau pindaan anggaran cukai dalam bulan ketiga jika ansuran bulan ketiga jatuh dalam bulan Mac 2020.

Maklumat berkaitan boleh diperoleh di Portal Rasmi LHDNM.

Bagaimana dengan pengemukaan borang dan bayaran cukai entiti Labuan dalam tempoh ini?

Tambahan masa untuk pengemukaan borang dan bayaran cukai diberikan sehingga 30 April 2020.

Adakah saya akan dikenakan kenaikan cukai sekiranya lewat membuat bayaran yang sepatutnya dibuat dalam tempoh ini?

Tambahan masa untuk pengemukaan borang dan bayaran cukai diberikan sehingga 30 April 2020.

Adakah saya akan dikenakan kenaikan cukai sekiranya lewat membuat bayaran yang sepatutnya dibuat dalam tempoh ini?

Tidak dikenakan kenaikan cukai.

Bagaimana untuk membuat transaksi bayaran yang melebihi had dibenarkan oleh perbankan internet?

Bayaran cukai melebihi RM1 juta boleh dilakukan menerusi Pindahan Telegrafik (Telegraphic Transfer).

Walau bagaimanapun, pembayar cukai perlu mengemukakan butiran lanjut pembayaran kepada LHDNM menerusi faksimili 03-6201 9637 atau menerusi e-mel kepada [email protected].

Kegagalan mengemukakan maklumat akan menyebabkan bayaran tidak dapat dikemas kini pada lejar pembayar cukai.

Bagaimana untuk membuat cukai pegangan dalam tempoh ini?

Bayaran cukai pegangan yang tarikh akhirnya antara 18 hingga 31 Mac 2020 boleh dibayar mulai dari 1 April 2020 sehingga 30 April 2020.

Bayaran boleh juga dilakukan menerusi pindahan telegrafik (TT) dengan mengemukakan maklumat lengkap bayaran kepada LHDNM menerusi faksimili ke nombor 03-6201 9637 atau menerusi emel ke alamat berikut: [email protected]

Adakah penalti akan dikenakan ke atas cukai pegangan yang sepatutnya dibayar dalam tempoh ini?

Bayaran cukai pegangan yang tarikh akhirnya antara 18 hingga 31 Mac 2020 boleh dibayar mulai dari 1 April 2020 sehingga 30 April 2020. Penalti tidak akan dikenakan atas kelewatan bayaran.

Adakah bayaran kompaun PCB yang sepatutnya dibayar dalam tempoh ini ditangguhkan?

Bayaran boleh dibuat sebelum 30 April 2020.

Adakah LHDN akan menangguh proses bayaran balik cukai?

Proses bayaran balik akan dibuat seperti biasa.


Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Adakah lanjutan masa diberi bagi pengemukaan borang dan bayaran cukai CKHT?

Bagi pengemukaan borang dan bayaran cukai CKHT (seksyen 21B dan bayaran atas notis taksiran) yang mana tarikh akhirnya jatuh pada 18 Mac 2020 hingga 30 April 2020, maka tarikh akhir pengemukaan borang dan bayaran adalah pada 30 April 2020.


Duti Setem

Adakah surat perjanjian jual beli rumah boleh disetem dalam tempoh ini?

Setem hasil boleh dibeli di pejabat pos.

Apa itu Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem Secara Dalam Talian?

Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem Secara Dalam Talian (STAMPS) adalah sistem yang membolehkan permohonan taksiran dan bayaran duti
setem ke atas dokumen atau perjanjian dibuat secara dalam talian.

Siapakah yang boleh menggunakan STAMPS?

Semua firma guaman, syarikat, perkongsian, perniagaan, institusi kewangan atau ejen yang sah berdaftar dengan mana-mana pendaftar syarikat di Malaysia.

Bolehkah individu menggunakan STAMPS?

Individu boleh menggunakan STAMPS sekiranya mempunyai perniagaan yang berdaftar dengan SSM.

Bagaimana jika individu tiada perniagaan yang berdaftar dengan SSM untuk membuat penyeteman dokumen dalam tempoh ini?

Dalam tempoh ini penyeteman dokumen di kaunter perlu ditangguhkan sehinga 31 Mac 2020.

Bagaimana untuk membuat pembayaran secara dalam talian?

Buat pembayaran dalam talian melalui tab bayaran online (medium FPX) atau melalui CIMB Bizz Channel online atau Public Bank bagi kes yang telah berstatus sedia untuk bayaran duti.

Cetak sijil setem setelah pembayaran berjaya dilaksanakan.

Lekatkan sijil setem ke atas dokumen perjanjian sebagai bukti duti setem telah dibayar.

Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya lewat membuat bayaran?

Penalti akan dikenakan jika bayaran dibuat selepas tempoh 30 hari dari tarikh notis taksiran. Lanjutan kepada Perintah Kawalan Pergerakkan, tempoh bayaran untuk notis taksiran dilanjutkan sehingga 30 April 2020.

Bagaimana semakan pengesahan Sijil Setem boleh dibuat?

Semakan boleh dibuat melalui:
a) https://stamps.hasil.gov.my ATAU

b) aplikasi telefon mudah alih – Muat turun Aplikasi Semakan Ketulenan sijil (android/iOS)