Artikel

foodpanda Sahkan Kes Covid-19, Syarikat Ambil Langkah Proaktif Tangani Penularan Wabak

Berikut pengesahan Covid-19 pada seorang pekerja korporat foodpanda, syarikat tersebut telah mengambil langkah proaktif dengan melakukan pembersihan serta-merta. 

Pekerja tersebut telah menerima rawatan perubatan dengan serta-merta dan perolehi sokongan yang penuh dari pihak foodpanda.

Menurut Sayantan Das, Pengarah Urusan foodpanda – kesemua pekerja di bahagian korporat diwajibkan untuk mendapat pemeriksaan kesihatan lanjut. Segala kos perubatan ditanggung oleh syarikat foodpanda. 

Keutamaan mereka adalah kesejahteraan pekerja dan pelanggan. Pihak foodPanda perlu memastikan seluruh operasi mereka selamat dan terhindar dari sebarang penularan wabak tersebut. 

Buat masa ini, tumpuan utama mereka adalah tahap kesihatan semua pihak. Bagaimanapun, operasi penghantaran makanan foopanda tidak terjejas, tiada sebarang kes Covid-19 yang dicatatkan. 

Oleh itu, operasi penghantaran makanan masih berjalan seperti biasa.