Artikel

Hampir Separuh Pembaca Rnggt Akan Menonton Astro, Netflix Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Pembaca Rnggt menyatakan bahawa mereka akan meluangkan masa menonton rancangan hiburan seperti Netflix, Astro, dan iFlix sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan.

Tinjauan telah dilakukan oleh Rnggt di laman Twitternya dan hampir lima ratus orang telah menyuarakan pendapat mereka.

Selain itu, 27% berkata mereka akan terus bekerja dari rumah, 14% akan membaca buku, dan seramai 11% akan membuat kerja-kerja penambahbaikkan keadaan rumah mereka.

Pada lewat 18 Mac, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi nasihat untuk terus kekal berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

“Tengoklah HBO ke, apa-apa ke…. just stay at home” kata Tan Sri Muhyiddin.

Dr. Helmy Haja Mydin, melalui sebuah wawancara di Astro AWANI, seorang Pakar Respiratori telah menyatakan bahawa tujuan PKP dijalankan adalah untuk melambatkan kadar jangkitan COVID-19 di kalangan orang ramai.

“Terdapat satu carta dan graf yang sedang giat diwarwarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), iaitu graf ‘melambatkan kadar jangkitan’. Graf ini adalah amat penting untuk orang ramai fahami. Ia menunjukkan mengapa orang ramai harus melambatkan kadar jangkitan agar ia tidak memudaratkan kapasiti hospital negara kita,” kata Dr. Helmy.

Setakat 18 Mac, kadar jangkitan harian COVID-19 adalah sekitar 17%. Kini, terdapat 790 kes terkumpul, dengan 117 kes baharu dicatat pada hari tersebut.