Satu kes COVID-19 disahkan ada di premis DRB-HICOM Auto Solutions (DSAS).
DHAS terletak di Pekan, Pahang dan telah sah dijangkiti virus COVID-19.
Wanita tersebut telah dijangkiti melalui suami beliau yang terdedah kepada virus tersebut melalui Ketua di tempat kerja beliau.
Ketua tersebut adalah antara yang menghadiri majlis tabligh di Seri Petaling, Selangor lewat bulan lalu.
Anak lelaki kakitangan tersebut juga telah disahkan positif COVID-19.
DRB-HICOM berkata proses mengesan senarai hubungan kedua-dua mereka telah pun dimulakan, dan langkah-langkah seperti isolasi kepada mereka yang tersenarai juga akan diambil.
Syarikat itu berkata, kawasan yang perlu melalui proses pembasmian kuman berkait perkara ini telah dikenalpasti dan kerja-kerja akan bermula secepat mungkin.
Kedua-dua pesakit kini sedang dirawat di hospital.