Menurut kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan – Kerajaan telah bersetuju supaya bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditangguhkan.
Tindakan penangguhan ini adalah untuk meringankan bebanan peminjam berikutan situasi penularan wabak Covid-19. Kesemua peminjam PTPTN juga akan dikecualikan daripada sebarang tindakan penguatkuasaan serta perundangan.
Penangguhan bayaran balik ini akan berlangsung selama tiga bulan, mula berkuat kuasa serta merta sehingga 30 Jun 2020.
Untuk maklumat lanjut, para pembaca boleh melayari laman web KPT.