Pembayar cukai diberi kelonggaran selama dua bulan tambahan untuk memfailkan cukai masing-masing.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, kelonggaran ini diberikan susulan Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh kerajaan.
Menurut LHDN, tarikh untuk membuat filing cukai diantara bulan Mac 2020 dan Jun 2020, telah dilanjutkan tempoh selama dua bulan tambahan.
Borang bagi pembayar cukai yang tidak memiliki perniagaan kini boleh dibuat sebelum 30 Jun 2020. Bagi mereka yang memiliki perniagaan, tarikh terakhir kini 31 Ogos 2020.
LHDN juga mengumumkan semua pejabat mereka akan ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, iaitu 18 Mac hingga 31 Mac 2020.
LHDN menggesa mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut, boleh menghubungi pada talian Hasil Care Line di 03-8911 1100.
Platform ezHASIL juga boleh digunakan untuk kesemua pembayaran cukai.