China telah mula memberi penekanan kepada penyelidikan untuk memulakan ujian ke atas manusia bagi vaksin koronavirus (Covid-19).
Tindakan ini bagi menangani penularan wabak COVID-19 yang telah membunuh lebih 7,000 individu di seluruh dunia.
Menurut laporan CNA, penyelidik di Akademi Sains Perubatan Tentera China – yang berpangkalan di Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) – telah menerima kelulusan bagi melaksanakan ujian klinikal fasa pertama. Bermula minggu ini, vaksin yang berpotensi akan melakukan ujian klinikal.
Butiran dalam pangkalan data klinikal China menunjukkan bahawa ujian “Tahap 1” ini akan mengkaji sama ada ujian tersebut selamat digunakan ke atas manusia ataupun tidak.
Pada ujian yang sama pihaknya telah merekrut 108 orang, individu yang sihat untuk mengambil bahagian bagi ujian ini, tempoh antara 16 Mac hingga 31 Disember 2020.
Pelaksanaan akan dijalankan oleh Akademi Sains Perubatan Tentera China dan firma bioteknologi yang disenaraikan di Hong Kong CanSino Biologics, pangkalan data.
Manakala, para saintis di Amerika Syarikat pada hari Isnin (16 Mac) pula mengatakan ujian klinikal pihak mereka telah dimulakan.
Turut difahamkan vaksin tersebut telah dibangunkan oleh Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan dan Moderna, firma bioteknologi AS.
Pakar-pakar di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan tiada jaminan vaksin yang diuji ini akan tersedia untuk sektor perubatan sehingga pertengahan tahun hadapan.