Artikel

KLCI Naik Hampir 10 Mata Kepada 1,266

Indeks FBM KLCI naik 9.20 mata (0.73%) kepada 1,266.02 mata, pada jam 9.45 pagi Rabu (18 Mac).

Ini setelah indeks KLCI susut lebih 60 mata (5%) pada awal Selasa (17 Mac).

Pada awal dagangan, lebih 344 kaunter untung berbanding 181 kaunter rugi. 277 kaunter tidak berubah.

Menurut Rakuten, mereka menjangkakan KLCI mungkin cuba mencecah 1,280 mata sekali lagi.

Jangkaan mereka turut menyatakan bahawa paras 1,250 adalah paras sokongan buat masa ini.