Artikel

KPDNHEP: Ini Soalan Lazim PKP Bagi Sektor Peruncitan

Berikutan pengumuman yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Selasa (16 Mac) lalu, berkenaan penetapan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini, 18 Mac hingga 31 Mac 2020.

Perihal ini telah menimbulkan kekacauan dengan pembelian panik atau ‘panic buying‘ oleh pengguna.

Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengeluarkan kenyataan berhubung soalan lazim bagi isu peruncitan. Ini adalah soalan lazim tersebut:

Adakah operasi pusat pengedaran (DC) di benarkan beroperasi seperti biasa?

  • Operasi pusat pengedaran (DC) yang melibatkan bekalan barangan keperluan (essential daily needs) dan makanan merangkumi e-commerce warehouse, dan supporting warehousing services adalah di benarkan untuk terus beroperasi.

Adakah restoran, seksyen Ready to Eat (RTE)/bakeri di benarkan operasi?

  • Restoran, RTE/bakeri boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja dan pandu lalu (take away dan drivethru) atau melalui perkhidmatan penghantaran (delivery) oleh syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda. Dine-in dan eat-in tidak dibenarkan.

Bagaimana dengan operasi food court dan tenant yang beroperasi di dalam pasaraya?

  • Operasi food court boleh di buka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda. Dine-in dan eat-in tidak dibenarkan. Hanya penyewa yang beroperasi di dalamĀ  industri farmasi klinikal sahaja dibenarkan untuk terus beroperasi di dalam pasaraya.

Bagaimana operasi peruncitan di dalam pusat membeli-belah seperti penyewa?

  • Operasi peruncitan (makanan dan barangan keperluan harian sahaja) di pusat membeli-belah boleh diteruskan atas rundingan antara penyewa dan pemilik premis.

Bagaimana operasi kedai makan/kedai runcit/kedai serbaneka dalam specialty store?

  • Kedai makan/kedai runcit/kedai serbaneka dalam specialty store sahaja dibenarkan beroperasi seperti biasa tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat seperti Grab Food atau Food Panda. Dine-in dan eat-in tidak dibenarkan.

Adakah operasi ibu pejabat syarikat peruncitan di benarkan beroperasi?

  • Ibu pejabat syarikat peruncitan adalah dibenarkan untuk terus beroperasi seperti biasa. Namun, pihak pengurusan syarikat perlu mengenal pasti sektor/ bahagian/unit yang perlu diklasifikasikan sebagai essential services untuk hadir bekerja di premis ibu pejabat. Manakala, bagi sektor/bahagian/unit non-essential services adalah perlu mengambil langkah kerja dari rumah.

Adakah Kementerian akan mengeluarkan kenyataan bagi menghadkan pembelian setiap pengguna?

  • Kementerian menggalakkan pihak pasaraya melakukan kawalan kendiri bagi menangani pembelian barangan makanan dan keperluan harian dengan jumlah yang tidak munasabah oleh pengguna.

Bagaimana operasi departmental store yang mempunyai pasaraya dan barangan kelengkapan rumah/fesyen/food court?

  • Hanya bahagian supermarket yang menjual barang makanan dan barangan keperluan harian yang dibenarkan untuk beroperasi di departmental store.

Adakah perkhidmatan dobi layan diri boleh diteruskan?

  • Dobi layan diri tidak boleh beroperasi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bagi mengelakkan orang ramai berkumpul.

Adakah perkhidmatan kawalan keselamatan (security guard) di pasaraya masih boleh diteruskan?

  • Perkhidmatan yang berkaitan dengan keselamatan boleh diteruskan.

Adakah perkhidmatan e-commerce dianggap sebagai essential services ?

  • Ya.

Adakah pembelian atas talian, penghantaran dan pemasangan di rumah pelanggan dibenarkan?

  • Ya.

Adakah pusat panggilan perkhidmatan pelanggan dibenarkan untuk beroperasi?

  • Ya.

Adakah kerja-kerja pengubahsuaian premis perniagaan boleh diteruskan?

  • Bagi kerja-kerja pengubahsuaian yang sedang berjalan adalah perlu ditangguhkan. Sekiranya terdapat isu-isu keselamatan, pihak syarikat perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Pembanguan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk kerja pengubahsuaian diteruskan.

Adakah penghantar barangan non-food seperti lampin pad sanitari dikira sebagai essential item?

  • Ya.

Jika semua pusat membeli-belah ditutup. Adakah kedai di lapangan terbang turut terlibat?

  • Hanya penyewa yang beroperasi di dalam industri farmasi klinikal, pasaraya, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian sahaja dibenarkan untuk terus beroperasi di dalam lapangan terbang. Dine-in dan eat-in tidak dibenarkan.

Adakah perkhidmatan pihak ketiga dibenarkan beroperasi bagi membantu operasi dan rantaian bekalan kerana ini adalah kritikal dalam kelangsungan perniagaan?

  • Perkhidmatan yang akan memberi impak secara langsung kepada keselamatan dan bekalan adalah dibenarkan. Pengguna dan juga pihak ketiga perlu mengambil kira faktor kesihatan dengan cara memakai topeng muka dan hand sanitizer.

Adakah syarikat pengumpulan sampah di premis pasaraya/kedai serbaneka /kedai runcit dibenarkan beroperasi?

  • Ya.

Adakah kuota beras, gula, minyak dan tepung boleh disimpan melebihi kuota lesen yang diberikan?

  • Syarikat hendaklah mematuhi sebarang kuota lesen yagn telah dikeluarkan oleh mana-mana agensi kawal selia. Bagaimanapun, perkara ini boleh dipertimbangkan berdasarkan situasi.

Adakah operasi pasar malam dan pasar tani dibenarkan beroperasi?

  • Tidak.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh layari laman web KDNHEP.