Artikel

HBO, Fox, Antara Saluran Percuma Astro Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Astro mengumumkan beberapa saluran eksklusif mereka akan dibuka akses kepada penggunanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, bermula dari jam 6 pagi, 18 Mac hingga 11.59 malam, 31 Mac.

Saluran yang dibuka secara percuma adalah

  • BOO
  • HBO
  • Cinemax
  • FOX Movies
  • FOX Family Movies
  • FOX Action Movies
  • tvN Movies
  • Celestial Movies
  • Celestial Classic Movies
  • Astro Citra
  • Tayangan Hebat
  • Thangathirai
  • BollyOne
  • HITS Movies

Kemudahan ini boleh diakses melalui aplikasi Astro GO mereka, yang boleh dimuat turun melalui AppleĀ App Store atau Google Play Store.

Saluran ini juga boleh diakses di laman web astrogo.astro.com.my.

Bagi pelanggan NJOI Astro, mereka akan mendapat akses percuma kepada dua saluran, iaitu KIX dan Nat Geo WILD.