Artikel

Ini Adalah Panduan Kawalan PKP – Jabatan Imigresen Negara

Menurut Jabatan Imigresen Malaysia, perintah kawalan ini melibatkan sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat malaysia ke luar negara dan sekatan kemasukan semua pelancong asing ke dalam negara.

Ini beberapa penetapan yang perlu diambil perhatian oleh masyarakat Malaysia:

  • Bagi warganeara dan penduduk tetap Malaysia yang pulang ke negara: mereka dibenarkan masuk dan dikehendaki menjalani pemeriksaaan kesihatan dan perlu melakukan kuarantin sendiri selama 14 hari.
  • Bagi rakyat yang memegang Pas Jangka Panjang Negara Ketigadan inigin pulang ke negara tersebut: mereka dibenarkan bebruat demikian namun dilarang untuk kembali ke Malaysia sebelum 31 Mac 2020. Perlu disertakan dokumen dan bukti kukuh sebagai rujukan pemeriksaan.
  • Diplomat Malaysia dibenarkan ke luar negara untuk kembali bertugas di perwakilan masing-masing.
  • Pelawat asing dibenarkan untuk keluar dari Malaysia namun tidak dibenarkan kembali sepanjang tempoh kawalan ini berlangsung.
  • Bagi pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara, Pas Pelajar, Pas ekspatriat, Pas Tanggungan dan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (MM2H) tidak dibenarkan masuk. Sekiranya pas tamat tempoh semasa pemegang berada di luar negara, mereka dibenarkan kembali semula sebelum tempoh kawalan berakhir.
  • Rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk keluar melancong,
  • Seluruh rakyat Malaysia tidak dibenarkan menaiki penerbangan ke Sabah, Sarawak
  • Suami/Isteri dan anak kepada warganegara Malaysia – mereka dibenarkan masuk dengan syarat Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang.
  • Diplomat asing dibenarkan masuk Malaysia – dengan syarat kuarantin sendiri selama 14 hari.

Ini pula adalah panduan kawalan bagi pintu-pintu masuk negara:

Pintu Masuk Udara

  • Krew, Kapten penerbangan dan kargo dibenarkan masuk – perlu saringan kesihatan
  • Penerbangan transit ke negara ketiga tanpa pemeriksaan imigresen dibenarkan masuk
  • Semua Autogate Warganegara Malaysia, E-Gate Warga Asing dan E-Gate MACs di Balai Pelepasan perlu ditutup sehingga tarikh yang akan dimaklumkan semula.

Pintu Masuk Darat

  • Rakyat Malaysia yang memiliki permit kerja di Singapura dan Thailand tidak dibenarkan keluar dari Malaysia.
  • ┬áRakyat Malaysia yang hanya transit di sempadan Malaysia – Brunei dibenarkan masuk dan keluar mengikut arahan Pihak Berkuasa Negeri yang sedang berkuat kuasa.
  • Warganegara dan penduduk tetap Malaysia tidak dibenarkan mengunjungi KompleksBebas Cukai di bukit Kayu Hitam.
  • Rakyat Malaysia dan warganegara asing yang membawa kenderaan berat bagi tujuan membawa bekalan makanan sahaja yang dibenarkan keluar masuk – dikehendaki jalani pemeriksaan kesihatan.
  • Rakyat Malaysia yang menggunakan khidmat kereta api di Padang Besar, Woodland Train check Point dan Johor Bahru Sentral hanya dibenarkan untuk masuk ke Malaysia sahaja.

Pintu Masuk Laut

  • Semua kapal persiaran tidak dibenarkan berlabuh di semua pelabuhan Malaysia
  • Semua kapal persiaran, layar tidak dibenarkan untuk berlabuh dan mendapatkan kemudahan imigresen.
  • Penumpang feri tidak dibenarkan membawa pelawat asing masuk ke Malaysia
  • Kopkit, Barter Trade dan Kapal Kargo yang membawa bekalan makanan sahaja dibenarkan masuk ke Malaysia
  • anak kapal tidak dibenarkan sign on dan sign off sepanjang tempoh kawalan sedang berlangsung.
  • Anak kapal kargo boleh diberi landing pass tetapi tidak dibenarkan keluar daripada kawasan pelabuhan.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, pembaca boleh merujuk kepada Bahagian Keselamatan dan Pasport.