Artikel

Pandu Lalu dan McDelivery Kekal, Tetapi Pintu McDonald Ditutup

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia, McDonald’s Malaysia akan menutup tempat makan (dine-in) di dalam restoran-restorannya mulai 18 hingga 31 Mac 2020.

Walau bagaimanapun, makanan dan minuman McDonald’s masih boleh didapati di lebih 290 restorannya di seluruh negara melalui:

  • Pandu-Lalu
  • McDelivery
  • Kaunter restoran untuk pesanan bungkus sahaja

Sepanjang tempoh ini, syarikat makanan itu memohon kerjasama semua pihak untuk menggunakan pembayaran tanpa tunai, bagi mengurangkan sentuhan fizikal antara kru kami dan orang ramai.