Artikel

MB Selangor, Kedah persoal kenapa tidak dijemput Mesyuarat Khas PM bersama MB lain

Menteri-menteri Besar Selangor dan Kedah persoal mengapa mereka tidak dijemput untuk hadir bersama kepada Mesyuarat Khas bersama Perdana Menteri pada Selasa (17 Mac).

Petang Selasa, Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempersidangkan sebuah Mesyuarat Khas bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri bagi menyelaraskan Perintah Kawalan Pergerakan antara Negeri.

Namun demikian, negeri-negeri dibawah kerajaan Pakatan Harapan, iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan tidak dijemput hadir dalam Mesyuarat Khas ini.

Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari melalui sebuah ciapan berkata “Selangor adalah negeri yang terkesan besar dengan wabak COVID-19,”.

“Pentadbiran negeri dukacita tidak dilibatkan dalam urusan penting melibatkan nyawa manusia seperti ini. Jelas bertentangan dengan sikap terbuka negeri untuk bekerjasama dengan semua pihak, termasuk kerajaan pusat,” tambah beliau lagi.

Menteri Besar Kedah pula menambah “Kedah pun tak diajak. Agaknya tak ada COVID-19 di Kedah”.