Rentetan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan oleh YAB PM Muhyiddin Yassin, Malindo Air telah mengumumkan akan menggantungkan sementara waktu operasi antarabangsanya dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020.
Rakyat Malaysia dilarang meninggalkan negara dan sekatan akan dikenakan ke atas kemasukan semua pelancong asing ke Malaysia.
Walau bagaimanapun, dalam tempoh ini, Malindo Air akan terus menyediakan sambungan yang kritikal dengan mengendalikan penerbangan domestik antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Kuching, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang serta Kuala Lumpur dan Langkawi.
Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Kapten Mushafiz Bin Mustafa Bakri berkata, “Walaupun kami adalah penyedia perkhidmatan penting, kami menyokong sepenuhnya langkah kerajaan untuk menyekat pergerakan rakyat supaya dapat mengatasi isu pandemik ini. Namun, bagi jadual penerbangan biasa kami tidak dapat elakkan. ”
Bagi penumpang yang telah membuat tempahan untuk perjalanan antara 18 hingga 31 Mac ini. Pihak penerbangan akan memberikan pilihan untuk memindahkan tarikh perjalanan mereka dalam tempoh 12 bulan tanpa sebarang kos, ia bergantung kepada ketersediaan kerusi penerbangan.