Bekas Presiden dan CEO Permodalan Nasional Berhad, Dato’ Abdul Rahman Ahmad sah positif COVID-19.
Perkara ini disahkan secara serentak oleh Velesto Energy dan Sime Darby Berhad di mana beliau merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah bagi kedua-dua syarikat tersebut.
Menurut kenyataan media oleh Velesto dan Sime Darby, Rahman sedang mendapat rawatan di sebuah hospital kerajaan.
Tiada maklumat lanjut tentang bagaimana Dato’ Rahman mendapat jangkitan ini dari pihak berkuasa.
Sehingga kini, antara orang kenamaan yang sah positif termasuk Ahli Parlimen Sarikei, Wong Ling Biu dan juga Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii Lee Wuen.
Malaysia juga mencatatkan kes kematian pertama di negara ini. Mendiang berumur 60 tahun adalah seorang pendakwah dari Emmanuel Baptist Church, di Kuching, Sarawak.