Menurut kenyataan media, Bursa Malaysia Berhad dan anak syarikat telah memaklumkan bahawa pihaknya akan terus beroperasi seperti biasa bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan iaitu 18 Mac hingga 31 Mac 2020.
Berikutan itu, Bursa Malaysia telah menyediakan infrastruktur, bagi peraturan dan kaedah pelindungan, serta pengekalan pasaran yang lebih adil dan teratur.
Operasi berterusan pasaran ini adalah penting untuk menyokong prinsip-prinsip yang cekap mekanisma pasaran dengan meminimumkan campur tangan pasaran.
Untuk memastikan kestabilam pasaran, peraturan semakan kini akan diperluaskan kepada IDSS dan aktiviti jualan singkat yang dibenarkan bagi Akaun Pelaburan (IVT) dan ahli pasaran. Peraturan pemeriksaan juga akan digunakan untuk aktiviti jualan singkat PDT.
Bursa turut mengatakan pihaknya akan terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Sekuriti bagi memantau pasaran negara dan perkembangan global Covid-19. Perihal ini untuk menilai impaknya kepada pasaran di Malaysia.