Artikel

PM Muhyiddin Beri Jaminan Sektor Kargo, Barangan, Bekalan Makanan Antara Singapura Diteruskan

Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin telah memberi jaminan kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bahawa aliran barangan dan kargo antara Singapura dan Malaysia, termasuk bekalan makanan akan diteruskan.

Kenyataan PM Lee pada hari ini (17 Mac) telah dilakukan setelah Malaysia mengumumkan bahawa ia akan mengawal pergerakan rakyat daripada ke luar negara dan warga asing dari memasuki negara itu selama dua minggu bermula esok (18 Mac).

Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah sebahagian daripada sekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia untuk mencegah penularan wabak COVID-19.

Sebelum pengumuman, ramai rakyat negara dan Singapura telah mula melakukan pembelian panik.

Oleh itu, PM Lee telah berbincang bersama YAB PM Muhyiddin dan mendapati pengumuman ini tidak mengejutkan kerana banyak negara lain telah melakukan tindakan yang sama.

Beliau turut gembira akan jaminan bahawa aliran barang dan kargo antara Singapura dan Malaysia, termasuk bekalan makanan, akan berterusan.

Menteri Luar Negeri Dr Vivian Balakrishnan berkata pada Selasa malam bahawa Singapura dan Malaysia telah bersetuju untuk membincangkan butiran operasi bersama supaya barangan, kargo dan bekalan makanan “terus mengalir” antara kedua-dua negara.  

Ini selepas perbincangan dengan Menteri Kanan Malaysia dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali, Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein, dan Menteri Besar Johor Ir Haji Hasni Mohammad.   

Setakat ini Malaysia, antara negara di Asia Tenggara yang memiliki catatan tinggi bagi Covid-19, dengan mempunyai 553 jangkitan pesakit.

Lebih daripada 300 kes dikaitkan dengan perhimpunan agama dengan 16,000 hadir, termasuk orang dari Brunei, Singapura dan Indonesia.