Artikel

Perintah Kawalan Pergerakan: Pekerja Singapura-Malaysia Antara Yang Terjejas

Menurut kenyataan media Kementerian Tenaga Manusia Singapura (MOM), berikutan pengumuman Kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac hingga 31 Mac ini, ramai pekerja Singapura-Malaysia telah terjejas.

Kini, ramai pekerja Malaysia sedang berusaha untuk menetap di Singapura, bagi jangka masa pendek.

Tindakan ini telah disarankan oleh syarikat kepada para pekerja untuk tinggal bersama saudara terdekat atau rakan sekerja mereka di Singapura-Malaysia. 

Manakala, bagi pekerja yang tidak memiliki sebarang pilihan. Kerajaan bersama sektor swasta telah tampil dengan inisiatif menyediakan keperluan perumahan bagi tempoh yang pendek.

Penyediaan perumahan ini merangkumi hotel, asrama dan penginapan bilik di pangsapuri HDB serta kediaman peribadi.

Pihak Kementerian Singapura turut menasihati para majikan syarikat bagi meneliti semula keperluan tenaga kerja itu. Semakan ini perlu dibuat untuk majikan mempertimbangkan sama ada pekerja mereka kekal di Singapura. 

Malah pihaknya juga sedang berusaha untuk memberi bantuan kewangan kepada pekerja syarikat yang terjejas. 

Selain itu, pihaknya akan mengutamakan sektor perkhidmatan penting seperti kesihatan, keselamatan, pembersihan, pengurusan, logistik dan pengangkutan. 

Setakat ini komitmen Kerajaan Singapura adalah untuk meminimumkan sebarang kesan ke atas sektor perkhidmatan mereka.