McDonald, pada hari Selasa (17 Mac) telah menyatakan pihaknya akan menamatkan penggunaan plastik yang terdapat pada mainan “Happy Meals” di UK dan Ireland bermula tahun 2021.
Menurut laporan AFP, bahan plastik itu akan digantikan dengan material mainan yang lebih lembut atau bahan berasaskan kertas yang mampan.
McDonald menganggap tindakan ini adalah pengurangan terbesar plastik yang dilakukan oleh McDonald UK dan Ireland. Langkah ini bagi mengurangkannya kesan alam sekitar pada semua bidang perniagaannya.
Seterusnya, dianggarkan lebih daripada 3,000 tan metrik plastik dapat dikurangkan menerusi inisiatif ini.
Bagaimanapun, inisiatif ini hanya terhad kepada cawangan McDonald di UK dan Ireland sahaja.
Menurut angka syarikat, McDonald telah menghidangkan hampir empat juta pelanggan di UK dan Ireland setiap hari di lebih daripada 1,350 cawangan restoran.
Sebelum ini, McDonald telah mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 36 peratus menjelang akhir dekad.
Pihaknya turut berazam untuk menggunakan bahan kitar semula atau bahan yang boleh diperbaharui pada semua pembungkusan makanan menjelang 2025.