Artikel

Covid-19: SME Bank Tawar Pembiayaan Khas Sehingga RM1.0 Juta Kepada PKS

SME Bank, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), kini menawarkan pembiayaan khas maksimum sehingga RM1.0 juta kepada syarikat PKS yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Ini adalah inisiatif daripada sumbangan dana Kemudahan Bantuan Khas (SRF), Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut Menteri MEDAC, YB Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar – Pembiayaan yang ditawarkan adalah dalam bentuk pembiayaan modal kerja dan ditawarkan bermula 6 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2020. Tempoh pembiayaan adalah untuk 5 tahun dengan kadar keuntungan yang kompetitif iaitu 3.75% setahun dan tanpa cagaran. 

SME Bank sejak awal Februari 2020 juga turut menyediakan penangguhan sementara komitmen pembiayaan untuk para pelanggannya yang layak.

Sejak dilancarkan pada 6 Februari lalu, sebanyak 95 buah syarikat PKS telah memohon dan sedang dinilai untuk mendapatkan bantuan penangguhan tersebut.