Jack Ma, Pengasas Bersama Alibaba Group kini telah menyertai platform Twitter dengan nama akaun @JackMa.
Ciapan pertama yang dilakukan oleh Jack Ma adalah memuat naik foto pesawat China Eastern Airlines dengan kotak kit ujian koronavirus dan topeng muka yang telah dijadualkan dihantar dan disumbangkan ke Amerika Syarikat dari Shanghai.
The first shipment of masks and coronavirus test kits to the US is taking off from Shanghai. All the best to our friends in America. 🙏 pic.twitter.com/LTn26gvlOl
— Jack Ma (@JackMa) March 16, 2020
Perihal ini mula diketahui apabila Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey mengkongsikan semula siaran Jack Ma. Dorsey menyambut baik kehadiran Jack Ma pada platform media sosial tersebut.
Menurut Indeks Billionaires Bloomberg, Jack Ma adalah orang terkaya di Asia.
Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba pada hari Jumaat mengumumkan bahawa mereka telah menyediakan 500,000 kit ujian dan 1 juta topeng untuk dihantar ke Amerika Syarikat.
Antara negara yang telah menerima sumbangan tersebut adalah seperti Jepun, Korea Selatan, Itali, Iran dan Sepanyol.
Jack Ma menyifatkan perlindungan peribadi yang mencukupi amat penting dan ia berkesan dalam mencegah penularan virus Covid-19. Dia turut mendesak orang ramai untuk menghapuskan budaya sempadan bagi bantuan antara negara, perkongsian bantuan perlu dilakukan secara menyeluruh.
Sebelum ini, Jack Ma pada akaun Weibo telah mendermakan sejumlah 100 juta yuan (AS$ 14.5 juta) kepada penyelidikan perubatan. Tindakan itu adalah tanda sokongan beliau pada pencegahan penyakit.