PRefChem mengesahkan bahawa telah berlaku insiden kebakaran dan letupan pada 15 Mac 2020 pada pukul 10.50 malam di Kompleks Bersepadu Pengerang.
Susulan daripada pengesahan itu, pihak Bomba memaklumkan empat individu telah ditemui rentung.
Menurut Komander Operasi Pasukan Keluaran Operasi (PKO), PPJB Pauzan Ahmad – selain empat mangsa, terdapat tiga lagi mangsa yang terlibat. Seorang mangsa telah berjaya keluar sendiri, seorang lagi mangsa melecur 70% telah berjaya dibantu oleh anggota CEFS dan seorang lagi mangsa masih lagi tidak dijumpai.
Setakat ini, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.