PRefChem mengesahkan bahawa telah berlaku insiden kebakaran dan letupan pada 15 Mac 2020 pada pukul 10.50 malam di Kompleks Bersepadu Pengerang.
Syarikat itu telah mengaktifkan Pasukan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Team) dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani insiden ini.
Mereka menyifatkan situasi adalah terkawal.
Kepentingan utama kami pada masa ini adalah untuk memastikan keselamatan pekerja dan alam sekitar.
Laporan tentang kehilangan jiwa dan harta masih belum dapat diketahui setakat ini.