Artikel

RON95 Turun 7 Sen, RON97 Dan Diesel Turun 9 Sen

Menurut kenyataan media Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Pihak kementerian telah menurunkan harga runcit produk petroleum bermula esok, 14 Mac 2020 sehingga 20 Mac 2020 ini.

Harga runcit petrol RON95 turun sebanyak 7 sen seliter iaitu daripada RM1.82 seliter. Manakala harga RON97 turun sebanyak 9 sen seliter dengan RM2.10 seliter dan Diesel pula turun 9 sen seliter dengan RM1.87 sen.

Ketidaktentuan harga minyak mentah dunia pada masa ini telah dipengaruhi oleh ketidaksefahaman antara negara-negara pengeluar minyak utama dunia. Di samping itu, penularan Covid-19 turut memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia bagi memastikan kebajikan rakyat negara terjamin.