Saham-saham di Bursa Malaysia ditutup lebih rendah pada Khamis (12 Mac) di tengah-tengah pasaran saham global yang tidak menentu.
Penularan wabak COVID-19 dipersalahkan sebagai punca utama susut pasaran ekuiti dunia, serta penurunan harga minyak mentah antara sebab lain.
Semalam, Malaysia melaporkan 20 kes baru COVID-19, menjadikan jumlahnya mencapai 149. Harga minyak mentah Brent kini US$ 33.89 setong, turun 5.31%
Antara sektor yang terjejas teruk adalah pengangkutan dan logistik, dengan indeks sektor menurun 2.99 peratus kepada 612.62.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 24.40 mata atau 1.69% kepada 1,419.43 dari penutup semalam iaitu 1,443.83.
Tekanan jualan dalam saham indeks utama juga mengheret pasaran. Kaunter kewangan dan utiliti mendahului industri yang susut.
Setelah membuka 12.42 mata lebih lemah pada 1,431.41 pagi ini, indeks tempatan bergerak antara 1,419.43 dan 1,432.70 sepanjang hari.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 922 berbanding 167, dengan 221 kaunter tidak berubah. 706 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung