Artikel

RADAR – Platform Baharu Spotify, Sasar Perkembangan Artis Pada Pasaran Global

Spotify hari ini (11 Mac) melancarkan platform RADAR, sebuah program global untuk artis yang semakin meningkat naik dengan 19 program berkaitan di lebih dari 50 pasaran di seluruh dunia.

RADAR melambangkan komitmen Spotify terhadap artis yang sedang meningkat naik di setiap peringkat perkembangan muzik mereka, bagi mengeratkan lagi hubungan antara mereka dengan pendengar baru dan sedia ada di seluruh dunia.

Artis Malaysia seperti Jess Lee serta artis Indonesia seperti Mawar De Jongh, Mahen dan Monica Karina adalah antara artis yang akan dipaparkan dalam program RADAR, mengikuti jejak langkah pelbagai artis yang pernah dipaparkan dalam program sokongan Spotify yang lepas untuk artis yang semakin meningkat naik seperti Jasmine Sokko, Stray Kids, Ben&Ben, IV Of Spades, Lauv, Joji, dan ramai lagi.

Boon Ken Wong, Ketua Pasukan Asia, Bahagian Budaya Muzik & Editorial, Spotify mengatakan pelancaran program RADAR Spotify ini menggabungkan kebolehan editorial dan pemasaran terbaik di Spotify untuk menyokong bakat baru yang meningkat naik di Asia dan serata dunia.

Senarai main RADAR Indonesia akan mempamerkan antara bakat-bakat terbaru dan menarik dari Indonesia – sebuah negara yang mempunyai ramai artis tempatan yang berbakat.