Artikel

Lorong RFID Bakal Beroperasi Di Seluruh Rangkaian PLUS, LPT2 Bermula 1 April Ini

Bermula 1 April 2020 ini, seluruh rangkaian lebuh raya PLUS bagi semua plaza tol sistem terbuka dan tertutup akan menerima pembayaran melalui RFID.

Ini selaras dengan visi kerajaan untuk melaksanakan Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF). 

Untuk makluman umum, PLUS telah melaksanakan operasi sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya sejak tahun 2017 dan industri lebuh raya mengalu-alukan penggunaan RFID sebagai satu sistem pembayaran tanpa tunai di kesemua lebuh raya sistem terbukanya pada Ogos 2018.

Menurut Datuk Azman, usaha untuk memperluas kegunaan RFID di lebuh raya PLUS selari dengan kehendak dan keperluan pengguna lebuh raya masa kini agar transaksi tol dapat dilaksanakan dengan mudah tanpa sebarang kerumitan serta lebih lancar di plaza-plaza tol.

Namun, buat pengguna kad Touch ‘n Go dan SmartTAG – medium transaksi tol ini masih lagi diterima pada plaza-plaza tol tersebut.

Ia bagi memudahkan pelanggan lebuh raya mengambil masa untuk beralih kepada RFID dalam tempoh tahun ini.