Artikel

YB Datuk Dr Noraini Ahmad Umum Peletakan Jawatan Selaku Pengerusi PAC

Menurut kenyataan media, YB Datuk Dr Noraini Ahmad telah meletakkan jawatan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen.

Tindakan peletakan jawatan ini adalah susulan daripada pelantikan YB selaku Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Ia seiring dengan Peraturan Mesyuarat (PM) 77(4) Majlis-Majlis menyebut bahawa:

Seseorang ahli Majlis tidak boleh diangkat atau dilantik memegang atau memangku jawatan Pengerusi atau menjadi ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen semasa ia menjadi seorang Menteri.

Untuk makluman, surat peletakan jawatan tersebut sudah dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof.