Menurut Pakar Ekonomi OCBC, Wellian Wiranto – kedudukan ekonomi Malaysia pada ketika ini perlu diberi keutamaan.
Ekonomi Malaysia dilihat menurun disebabkan ketidaktentuan politik yang berlaku, penularan wabak koronavirus (COVID-19) dan terbaharu, penurunan harga minyak dunia.
Isu- isu ini secara tidak langsung membawa kepada penurunan eksport, defisit fiskal disebabkan kejatuhan minyak, kerugian pada penggunaan domestik dan pelancongan negara.
Meskipun, kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai percubaan dengan mengurangkan kebergantungan hasil kerajaan terhadap minyak dan gas (O&G). Namun ekonomi negara masih memerlukan aliran pendapatan yang kukuh.
Melihat pada senario yang buruk ini, harga minyak dijangka kekal rendah sepanjang tahun ini. Jangkaan purata minyak bagi 2020 turun kepada $ 32 setong – lebih $ 30 lebih rendah daripada andaian belanjawan – ia akan diterjemahkan kepada kejatuhan hasil minyak sebanyak $ 4.2 bilion.
Pada paras USDMYR saat ini 4.2, akan menandakan kerugian RM17.6 bilion (~ 1.1% daripada KDNK).
Sekiranya tiada sebarang perubahan dilakukan pada perbelanjaan negara bagi mengimbangi penurunan dalam pendapatan. Maka, defisit perlu ditingkatkan daripada 3.4% kepada 4.5% daripada (KDNK).
Berikutan itu, ia adalah tanggungjawab Zafrul Aziz selaku Menteri Kewangan negara. Ini kerana beliau dilihat berpotensi untuk mengembalikan semula keyakinan pada pasaran negara menjadi lebih kukuh.