Selepas seminggu menunggu berita mengenai senarai ahli Kabinet Malaysia yang baharu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya mengumumkan jemaah Kabinet yang boleh disifatkan sebagai tidak konvensional dalam sejarah pembentukan Kabinet Malaysia.
Mengapa ia tidak konvensional?
Ini kerana banyak perkara yang buat pertama kali dilakar dalam sejarah pembentukan Kabinet.
Pertama, tiada Timbalan Perdana Menteri tetapi 4 Menteri Kanan dilantik.
Malah, lebih unik di sini, salah seorang Menteri Kanan yang dilantik iaitu Dr Radzi Jidin tidak pernah menjadi Menteri.
Walau bagaimanapun, saya tidak meragui kemampuan Dr Radzi berdasarkan kenyataan yang dibuat beliau dan apa yang dibicarakan mengenai prestasi beliau ketika menjadi Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Namun, Dr Radzi harus sedar bahawa portfolio Pendidikan merupakan antara portfolio paling rumit dan sukar berbanding portfolio yang lain.
Diharap, berdasarkan imej yang ditampilkan Dr Radzi, beliau bukan sahaja mampu mengharungi cabaran getir ini tetapi juga mendepani ia dengan penuh tenang dan tertib.
Pesanan saya buat Dr Radzi mudah, janganlah gopoh dalam membuat keputusan atau pembaharuan dan yang lebih penting, pilihlah penasihat dan pegawai yang membantu anda untuk menyerlah dan bukan menjahanamkan karier politik anda.
Selain daripada pelantikan Menteri Kanan, ini juga merupakan kali pertama Menteri Kewangan dilantik dari kalangan bukan ahli politik.
Sebut sahaja nama Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, sudah pasti ramai yang kenal tokoh korporat yang sebelum ini mengemudi salah sebuah bank terbesar di Malaysia iaitu CIMB.
Dari segi kemampuan sudah pasti tiada keraguan terhadap beliau namun cabaran utama di sini adalah bagaimana beliau akan beroperasi dalam satu kementerian yang disifatkan sebagai portfolio kritikal tanpa mengambil pertimbangan politik.
Sebagai rakyat, saya gemar melihat bukan ahli politik dilantik ke portfolio penting namun realiti politik mungkin akan menjadi cabaran terbesar buat Tengku Zafrul ketika merencana polisi melibatkan Kementerian Kewangan.
Selain Tengku Zafrul, ada seorang lagi tokoh yang dibawa masuk ke Kabinet yang saya kira amat tepat sekali pelantikannya.
Beliau adalah Datuk Seri Dr Zulkilfli Mohamad Al-Bakri yang dilantik sebagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Melihat kepada sentimen masa kini, pemilihan Dr Zulkifli dilihat sebagai tepat memandangkan beliau merupakan Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini.
Selain dua tokoh ini, terdapat juga lantikan Ahli Politik yang disifatkan sesuai dengan portfolio yang diberi.
Misalnya Datuk Seri Dr Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan dan juga Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Diharap kesemua 31 Menteri yang dilantik dapat menjalankan tugas seperti yang diharapkan rakyat Malaysia yang sudah muak dan jelak dengan politik antara individu atau parti.
SENARAI PENUH AHLI KABINET KERAJAAN MALAYSIA
Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz
Menteri Kewangan
YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri
Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah
Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya
YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh
Menteri Kanan – Menteri Pendidikan
YB Dr Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
YB Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: YB Datin Mastura Binti Yazid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan
Timbalan Menteri: YB Dato’ Eddin Syazlee Shith
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
YB Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: YB Ahmad Marzuk Bin Shaary
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib
Menteri Pengangkutan
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: YB Haji Hasbi Bin Haji Habibollah
Menteri Alam Sekitar
YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Timbalan Menteri: Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Sumber Manusia
YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan
Timbalan Menteri: YB Haji Awang Bin Hashim
Menteri Wilayah Persekutuan
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Dr Santhara Kumar
Menteri Wanita dan Keluarga
YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff
Menteri Pengajian Tinggi
YB Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad
Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Bin Othman
Menteri Tenaga dan Sumber Asli
YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah
Timbalan Menteri: YB Ali Anak Biju
Menteri Dalam Negeri
YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin
Menteri Kesihatan
YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali
Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Pertanian dan Industri Makanan
YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Bin Hamzah
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi
Menteri Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Dr Hj Abd Latiff Bin Hj Ahmad
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Abdul Rahman Bin Mohamad
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Henry Sum Agong
Menteri Luar Negeri
YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Timbalan Menteri: YB Dato’ Kamaruddin Jaffar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Bin Wahid
Menteri Komunikasi dan Multimedia
YB Dato’ Seri Saifuddin bin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ismail Bin Abd Mutalib
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: YB Ahmad Amzad Bin Hashim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: YB Willie anak Mongin
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan
Menteri Perpaduan Negara
YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Tiong King Sing
Menteri Belia dan Sukan
YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator