Syarikat milik negara Britain – Tesco, hari ini (9 Mac) telah bersetuju untuk menjual perniagaannya bagi cawangan Thailand dan Malaysia kepada konglomerat Thai CP Group bernilai RM38 bilion (£ 8.0 bilion).
Menurut Ketua Eksekutif, Dave Lewis dalam satu kenyataan, rantaian jualan pasaraya ini memulangkan £ 5.0 bilion hasil kepada para pelabur.
“Jualan ini sekaligus dapat membebaskan nilai material dan membolehkan kami untuk memfokuskan semula perniagaan, serta mengembalikan nilai penting kepada para pemegang saham.”
Tesco berkata pelarasan itu juga akan mengurangkan hutang dan memperkemaskan operasi kumpulan.
Ini membolehkan “tumpuan yang lebih kuat” pada pasaran UK, Ireland dan Eropah.
Pelupusan ini akan memperkecilkan perniagaan Tesco dengan mengurangkan kasar hutang melalui.
Langkah itu telah dipersetujui oleh kesemua ahli lembaga Tesco, tetapi tetap bersyarat atas kelulusan pemegang saham dan pengawalseliaan. Perjanjian itu dijangka selesai pada separuh kedua tahun ini.
Dave Lewis juga turut mengumumkan penarikan dirinya dalam syarikat. Dia akan digantikan oleh eksekutif Walgreens Boots Alliance Ken Murphy. – AFP