Selaras dengan subseksyen 5(1) Akta 694, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YBhg. Datuk Seri Haji Azam bin Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.
Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 9 Mac 2020, hari ini.
Seterusnya, Kerajaan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Latheefa Beebi Koya atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.