Artikel

Kejatuhan Harga Minyak Sejak 1991, Arab Saudi Lancar Perang Harga

Hari ini (9 Mac) saham dunia telah jatuh, berikutan penularan wabak virus COVID-19 dan penurunan harga minyak global.

Harga minyak mengalami kejatuhan selepas Arab Saudi mengejutkan pasaran dengan melancarkan perang harga terhadap sekutunya, Rusia. 

Kegawatan ini berlaku selepas kejatuhan pakatan minyak antara OPEC dan Rusia pada hari Jumaat lalu.

Turut difahamkan Rusia enggan menyertai usaha OPEC untuk menyelamatkan pasaran minyak akibat terkesan koronavirus dengan pemotongan pengeluaran. 

Harga minyak Amerika Syarikat (AS) telah merosot sebanyak 27% kepada paras terendah dalam tempoh empat tahun sebanyak $30 setong apabila peniaga-peniaga bersaing dengan Arab Saudi untuk menguasai pasaran minyak mentah.

Ini adalah usaha untuk menawan semula bahagian pasaran.

Menurut nota penyelidikan Bank of America, pasaran global telah menerima tempias yang teruk. Di mana, sekitar AS$ 9 trilion telah menghapuskan saham global dalam tempoh sembilan hari.