Artikel

COVID-19: BNM Salur RM3.3 Bilion, Bantu Kurangkan Bebanan PKS

Sumbangan dana RM3.3 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) ini adalah untuk membantu mengurangkan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) disebabkan kemelut penularan wabak COVID-19.

Selaku antara pemacu pertumbuhan ekonomi negara, sektor PKS berhak menerima bantuan ini.

Bantuan ini sekaligus dapat memudahkan pelan pertumbuhan jangka sederhana sektor PKS.

Jumlah dana ini merangkumi inisiatif pada:

  • Kemudahan Agrofood – RM1 bilion
  • Kemudahan Automasi dan Digitalisasi PKS bernilai – RM300 juta
  • Kemudahan Bantuan Khas BNM – RM2 bilion dalam bentuk modal kerja untuk PKS.

Semua sedia maklum, penularan wabak COVID-19 ini telah memberi kesan kepada perniagaan di seluruh dunia, yang membawa kepada ketidaktentuan pasaran ekonomi.

Termasuklah PKS terutamany, sektor yang terdedah dari segi pengurusan aliran tunai, inventori dan pengedaran barang dan perkhidmatan semasa.