Satu-satunya Orangutan albino kini ditemui hidup dalam keadaan baik di hutan hujan Borneo, selepas lebih setahun dibebaskan ke habitat asalnya.
Alba, adalah Orangutan Albino yang bermata biru, ditutupi rambut putih kabur – telah diselamatkan pada tahun 2017 dari sangkar, di mana dia disimpan sebagai haiwan peliharaan oleh penduduk di bahagian Kalimantan, Indonesia.
Setelah itu, Alba telah dibebaskan dan kembali ke alam semulajadi pada akhir tahun 2018.
Minggu ini, Yayasan Penyelamatan Borneo Orang Utan mengatakan Alba dilihat memantau tiga lagi orangutan yang dibebaskan ke kawasan yang sama.
“Selepas kami tahu bahawa dia boleh membina sarang, memakan secara mandiri dan tidak lagi bergantung kepada bantuan manusia, kami menyimpulkan bahawa dia dapat bertahan hidup di hutan,” kata Indra Exploitasia, Ketua Pemuliharaan Biodiversiti Kementerian Alam Sekitar.
Misi menyelamat Alba ini dilihat sebagai berita positif. Di mana, jarang ditemui untuk spesies yang terancam. Ini kerana habitatnya semakin mengecil secara drastik sepanjang beberapa dekad yang lalu.
Sebahagian besar faktornya adalah disebabkan oleh pemusnahan hutan untuk pembalakan, minyak sawit dan perlombongan.
Faktor lain pula disebabkan, rata-rata pekerja ladang dan penduduk desa menyerang binatang kerana mereka melihat spesis ini sebagai perosak kepda tanaman mereka. Manakala, ada juga yang menangkap untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. –AFP