Artikel

Kenali Peguam Negara Kita Yang Baharu

Menurut kenyataan media Jabatan Perdana Menteri (JPM), adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Yang Arif Tan Sri Idrus bin Harun, Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara yang baharu.

Tempoh pelantikan ini adalah selama 2 tahun, ia berkuat kuasa mulai 6 Mac 2020 ini. 

Tan Sri Idrus berasal dari Sanglang, Kedah. Beliau telah melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) 1980. 

Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Undang-undang.

Setelah itu dengan berbekalkan pengalaman selama 34 tahun dalam arena perundangan, beliau telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 12 September 2014.Kemudian, beliau telah dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dari 26 November 2018.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dalam perundangan, beliau telah menerima pelbagai anugerah seperti PSM, PSN, SSAP, SIMP, DPMT dan DSDK.