Artikel

RON95 Turun 9%, Kini RM1.89 Seliter

Menurut kenyataan media Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Pihak kementerian telah menurunkan harga runcit produk petroleum bermula esok, bagi tempoh 7 Mac 2020 sehingga 13 Mac 2020 ini.

Harga runcit petrol RON95 turun sebanyak 19 sen seliter iaitu daripada RM2.08 seliter kepada RM1.89 seliter. Manakala harga RON97 turun sebanyak 21 sen seliter dan Diesel pula turun 17 sen seliter.