Artikel

UDA Holdings: Datuk Hisham Nafi Jadi Punca Jangkitan COVID-19 Gelombang Kedua

UDA Holdings Berhad – Datuk Hisham Hamdan hari ini (6 Mac) telah memberi kenyataan bahawa sebelum memulakan perjalanannya ke Shanghai dia tidak memiliki sebarang simptom virus COVID-19 dan ketika dia kembali, barulah dia disahkan positif virus tersebut.

Namun, Datuk Hisham mengakui gelombang kedua kes di negara telah dikaitkan dengan dirinya.

Menurut Datuk Hisham, pada 27 Februari 2020, beliau telah mula mempamerkan gejala, iaitu demam dan batuk. Pada waktu petang, beliau pergi ke Pusat Pesakit Luar SJMC untuk mendapatkan ujian saringan. Semasa di pusat perubatan itu, dia telah meminta jalani ujian COVID-19. 

Selepas melakukan ujian itu, dia pulang dan tinggal di rumah.

Pada 28 Februari 2020, pada waktu petang, dia telah menerima keputusan ujian pertama – menyatakan bahawa positif. Kemudian, dia dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada 29 Februari untuk diasingkan dan dirawat. 

Datuk Hisham turut mengatakan, “pesakit yang dikesan positif dan dikaitkan dengan saya adalah dari mesyuarat pada 21 Februari, iaitu 5 minggu selepas saya pulang ke Malaysia”. 

“Gelombang kedua kes Covid-19 di Malaysia kini sedang dikaitkan dengan saya, dan saya sedar akan perkara tersebut. Namun, memiliki kaitan dan berpunca dari saya adalah dua perkara yang berbeza,”

Berdasarkan penyelidikan saintifik dan perubatan, “tidak mustahil” baginya untuk mengatakan virus tersebut dari perjalanannya ke Shanghai. 

Datuk Hisham bagaimanapun mengucapkan berterima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan kerana melakukan tindakan pantas bagi mengesan kedudukan pesakit yang berpotensi terkena jangkitan tersebut.