Artikel

Seramai 8,876 Calon Perolehi Keputusan Cemerlang SPM 2019

Seramai 8,876 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 daripada 389,498 calon telah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam semua subjek pelajaran.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), keputusan SPM 2019 kali ini menunjukkan sebanyak 48 daripada 83 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi, manakala 27 mata pelajaran mencatatkan penurunan. Lapan mata pelajaran lagi adalah mata pelajaran baharu.

Analisis pencapaian calon dihat pada tiga kategori. Di mana, seramai 245,646 (63.32%) calon sekurang-kurangnya perolehi 5 kepujian termasuk subjek Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.

Manakala, 285,083 (73.19%) calon pula memperolehi sekurang-kurangnya 3 kepujian termasuk Bahas Melayu dan lulus Sejarah.

Seterusnya, 307,445 calon pula menguasai dua bahasa sekurang-kurangnya lulus bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Secara keseluruhannya, pencapaian calon SPM di bandar dan luar bandar dilihat meningkat tetapi pencapaian calon di bandar lebih baik. Perbezaan ini menyebabkan jurang pencapaian sebanyak 0.01 peratus dicatatkan.

Untuk maklumat lanjut, semakan turut dapat dilakukan pada perkhidmatan mySMS 15888 dan portal Lembaga Peperiksaan SPM.