Data setakat 9.30 pagi (5 Mac) menunjukkan catatan FBM KLCI meningkat, setelah seminggu merosot dengan catatan – 1,496.53.
Kini, KLCI telah bertambah 6.29 mata, atau +0.40%.
Sebanyak 363 kaunter untung, 142 kaunter rugi, 246 kaunter tidak berubah.
Antara saham yang untung adalah Nestle (M) Bhd, United Plantations Bhd, Hong Leong Financial Group Bhd, Daibochi Bhd, Petronas Dagangan Bhd, Carlsberg Brewery Malaysia Bhd, British American Tobacco (M) Bhd, Tenaga Nasional Bhd and Petronas Chemicals Group Bhd.
Bloomberg melaporkan saham serantau Asia telah naik sedikit susulan AS menyatakan akan memberikan suntikan pelaburan untuk tangani isu kelembapan ekonomi akibat koronavirus.