Tenaga Nasional Berhad (TNB), melalui anak syarikat – Tenaga Wind Ventures UK Ltd (Tenaga Wind), telah membeli baki 20% kepentingan dalam dua syarikat tenaga boleh diperbaharui di United Kingdom pada nilai GBP18.6 juta secara tunai pada 2 Mac 2020.
Pembelian GVO Wind Limited dan Bluemerang Capital Limited adalah seperti Perjanjian Pembelian Saham yang dipersetujui bersama bersama vendor, Georg von Opel dan Tanzanite B.V. & Catalin Breaban, pada 28 Februari, 2018.
TNB kini memiliki 100% aset dan kawalan ke atas kedua-dua syarikat dan aset masing-masing melalui Tenaga Wind.
Syarikat-syarikat ini adalah portfolio Feed-In-Tariff (FiT) angin terbesar di UK, yang merangkumi 53 turbin angin sederhana yang beroperasi di darat dengan kapasiti keseluruhan sebanyak 26.1MW.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekuif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah berkata pembelian terbaharu itu akan menjadi asas perniagaan tenaga diperbaharui (RE) TNB di peringkat antarabangsa dan akan menjadi pencetus kepada strategi pertumbuhan TNB di pasaran RE di Eropah.
Amir turut menerangkan bahawa pembelian terdahulu (80 peratus kepentingan) telah menyumbang secara positif kepada kewangan dan objektif strategik TNB.
Aset-aset tersebut telah menunjukkan prestasi positif dengan menyumbang EBITDA sebanyak RM76 juta (GBP14.4 juta) pada tahun 2019.