Artikel

Keputusan SPM 2019 Akan Diumumkan Pada 5 Mac Ini

Menurut kenyataan media daripada Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 akan dijalankan pada hari esok (5 Mac) di Bilik Mesyuarat Utama, KPM.

Dimaklumkan acara tersebut akan diketuai oleh YBRS. Dr. Habibah Abdul Halim, selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia KPM.

Menerusi catatan KPM, seramai 416,416 calon peperiksaan SPM 2019 akan memperolehi keputusan mereka pada hari esok. 

Untuk maklumat lanjut, semakan turut dapat dilakukan pada perkhidmatan mySMS 15888 dan portal Lembaga Peperiksaan SPM

Bagi semakan mySMS, calon boleh menaip SPM <jarak> No I.C <jarak> Angka Giliran dan hantar ke 15888.