Artikel

Susulan UDA Mengesahkan Kes Covid-19, Syarikat Ambil Langkah Proaktif Tangani Penularan Wabak

UDA telah mengambil langkah proaktif dengan melakukan pembersihan (sanitize) Ibu Pejabat UDA di Blok Menara, Kompleks Pertama awal petang semalam di mana semua kakitangan di Ibu Pejabat telah dibenarkan untuk pulang awal bagi memudahkan urusan pembersihan (sanitize) tersebut.

UDA sentiasa komited melaksanakan langkah-langkah perlu mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelakkan penularan wabak ini khususnya di Ibu Pejabat UDA.

Dalam mempertingkatkan kawalan keselamatan dan tahap kesihatan, UDA telah menghadkan aliran keluar masuk orang luar ke ibu pejabat.

Selain itu, UDA turut menjalankan saringan kesihatan dan pemeriksaan suhu di lobi Ibu Pejabat. Pelawat dan kakitangan turut disediakan dengan penutup muka dan hidung (mask) dan pembasmi kuman tangan (hand sanitizer) sebagai langkah berjaga-berjaga.

Antara inisiatif lain yang turut diambil oleh UDA bagi menjaga kebajikan kakitangan dan membendung kes ini, semua kakitangan UDA di Ibu Pejabat bekerja dari rumah bermula hari ini sehingga diberitahu kelak.

UDA mengambil langkah proaktif dengan menjalankan proses pembersihan (sanitize) di Ibu Pejabat UDA di Blok Menara, Kompleks Pertama, pada petang semalam
Semua kakitangan UDA di Ibu Pejabat telah dibenarkan pulang awal semalam bagi menjalankan proses pembersihan (sanitize) tersebut.
UDA sentiasa komited melaksanakan langkah-langkah perlu mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelakkan penularan wabak ini khususnya di Ibu Pejabat UDA.